Mengenai Nuffnang Star Rating

Mengenai Nuffnang Star RatingMungkin anda tertanya apa fungsi Star Rating yang ada pada Dashboard Nuffnang. Star Rating yang anda lihat ada kegunaannya.
Star Rating juga mempengaruhi kedudukan Iklan Nuffnang. Jika anda letak pada kedudukan yang betul ( Boleh lihat panduan kedudukan Dalam Nuffnang) Star Rating juga di pengaruhi.


1. Apakah Nuffnang Star Rating?
Merupakan salah satu sistem nuffnang untuk menunjukkan prestasi Iklan blog terhadap kempenCPUV ( Cost Per Unique Visit ), CTR (Click Through Ratio) dan Cost Per Click (CPC ) dengan mempamerkan jumlah bintang. Bintang level 5 adalah yang paling tinggi. Biasanya jika kedudukan betul kita akan perolehi 2 atau 3 star.
2. Cara tingkatkan nuffnang star rating?
Bergantung kepada jumlah kempen CPUV ( Cost Per Unique Visit ) dan CTR (Click Through Ratio). Lagi banyak klik kat kempen CPUV, lagi tinggi la rating blog anda. Tips untuk dapatkan Cost Per Unique Visit.
3. Bila star rating nuffnang akan diupdate?
Rating biasanya di update sebaik sahaja kempen Cost Per Unique Visit blog anda telah tamat. Ianya akan mengambil kira berapa banyak CTR (Click Through Ratio) anda dapat pada setiap bahagian iklan semasa kempen CPUV.
4. Adakah ia akan mempengaruhi Cost Per Unique Visit berterusan?
Tidak. Ianya hanya sebagai trivia display kepada pemilik blog tentang prestasi blog terhadap kempen Cost Per Unique Visit (CPUV).
Bintang yang anda dapat menunjukan bahawa Jenis iklan tersebut ramai pengunjung tekan. Sebagai contoh (lihat gambar) iklan jenis Large Rectangle paling banyak pengunjung tekan berbanding jenis iklan Leaderboard dan Skyscraper.
Cerita mengenai sesiapa yang dapat bintang banyak akan sentiasa dapat Kempen Iklan CPUV adalah palsu.

Post a Comment

0 Comments