Cara Memohon Iklan Adsense

Cara Memohon Iklan Adsense | Kalau anda lihat sekarang mana - mana blog dan website sekarang telah beralih ke iklan Adsense Google. Iklan Nuffnang yang popular di kalangan Blogger Malaysia suatu ketika mula berkurangan kerana ramai telah beralih ke Adsense.

Kenapa ramai mula beralih ? Pendapat saya mungkin disebabkan bayaran yang diberi dalam nilai USD. Bila di tukar USD1 = RM4.046 (kadar pertukaran sentiasa Berubah) menjadikan ianya semakin di minati pengguna Blogger dan Website untuk mendapat sedikit kewangan.

Saya tidak mahu cerita lagi mengenai Iklan pilihan pengguna laman web. Saya akan kongsikan pada artical lain. Hari ini saya hendak kongsi dengan anda cara untuk Memohon Adsense bagi Website, Blogger, Wordpress dan Youtube.

Google Adsense New Logos


Pemohonan bagi meletak Adsense untuk Adsense bagi Website, Blogger, Wordpress dan Youtube hampir sama. Tidak banyak perbezaan yang ada untuk memohan iklan Adsense.

Syarat untuk memohon Iklan Adsense :

1. Sebelum anda mendaftar, Pastikan Website, Blogger, Wordpress dan akaun Youtube anda aktif sekurangnya 6 bulan untuk mendapat approved dari pihak Adsense Google.

2. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas untuk memohon Adsense seperti yang di syaratkan oleh Adsense.

3. Website, Blogger, Wordpress dan Youtube tiada unsur jenayah yang menyalahi undang-undang negara dan dunia. Ini bertujuan bagi mengelakkan pihak Adsense tidak di labelkan sebagai penyokong jenayah.

4. Website, Blogger, Wordpress dan Youtube adalah milik anda dan bukannya pihak ketiga. Tujuan bagi mengelakkan salah guna untuk mengaut keuntungan dari hasil aktiviti fraud click.


Cara Pertama :

Pastikan anda mempunyai akaun Email dari google iaitu gmail. Kalau tiada sila-silakan daftar dahulu. - Daftar Email Gmail

kenapa tidak boleh guna akaun Email lain? Kenapa Gmail?. Sebenarnya boleh guna akaun Email lain cuma ianya akan merumitkan keadaan jika polisi Google Adsense tiba berubah.

Jika Menggunakan Email dari Google iaitu Gmail, proses tidak akan rumit serta sukar untuk wujud permasalahan di hari mendatang.

Cara Kedua :

Setelah mempunyai Akaun Email anda boleh daftar Adsense dengan pelbagai cara.

1. Jika anda ada blog dari blog pihak google, anda hanya tekan pada Earning. Anda secara automatik akan ke laman web adsense.

2. Anda boleh daftar ke laman web Adsense dan isi maklumat yang diperlukan. Cara ini untuk yang mempunyai blog Wordpress dan Laman Web sendiri.

Berikutnya, ikut turutan yang diminta termasuk meletak web anda dalam adsense bagi ,membolehkan pihak google menyemak kandungan  blog atau Laman web anda.

Pastikan Laman web atau Blog memenuhi syarat yang ditetapkan, jika tidak akaun adsense anda akan diblock dan disenarai hitam oleh pihak google adsense.

Post a Comment

0 Comments